Sunday, April 24, 2011

akustatik

dalam setiap hembusan angin kutitip pesanan cinta..
yang meresap ke segenap liang-liang dan seluruhnya
memenuhi ruang kasih tak terbendung..

ketika langit malam membisu seribu bahasa..
bulan pula bagai menyimpan rahsia serta tak mahu bicara..
dan bintang seperti tak mahu bermesra..
aku meredah duri-duri cinta sampai ke hujungnya..
dengan luka-luka dengan langkah yang kian lara..
cukup bahagia sekadar menatap matamu yang bercahaya..

senyummu tak dipaksa tapi bersulam derita..
tawamu penawar duka tapi berhias sengsara..
wahai kekasih, kitakah yang bersalah..
menyemai benih cinta ini menjadi subur..?
siapakah di antara kita yang lebih berdosa..
kerana suatu hari nanti terpaksa membunuh cinta..?




telah terlepas seribu keluh..
bukan sesal yang berlabuh..
cuma... aku merenung cintaku yang terus tertanguh..




5 comments:

  1. kaki puitis gk ko ni ekh.. jiwang beb...!! haha..

    ReplyDelete
  2. haha..bese ~
    dalam hati ade taman beb..:P

    ReplyDelete
  3. wahhhh..cane ko leh pandai wat ayat gini??tepuk2

    ReplyDelete
  4. dla>mane ade aku wat dla..aku ciplak je..hehe:)
    mimi>thanks:)

    ReplyDelete