Saturday, March 23, 2013

maju!!

aku lalu menenangkan hati
aku senyum walau hati ku mati

aku perlu
kerana aku selalu dahulukan yang aku mahu
aku perlu bukan itu
tapi kehidupan yang lebih maju

Thursday, March 14, 2013

Duduk termenung

Aku terduduk
Mengenang roda kehidupan
Teriak hati
Gelak tawa
Bersilih ganti

Teman yang datang dan pergi
Rindu kan kasih
Cinta nan patah tumbuh kembali

Sampai bila
Aku sendiri diam terkelu
Aku keliru

Pernah teman ku bahasa
`anak cina makan pengat
sendiri mau ingat.

Tuesday, March 12, 2013

Try

Cube itu memang best,tapi kalau salah cube memang- tidak best..so cube eh...cube jangan cube,kan lebih baik kamu fikir sebelum kamu merane..

Tuesday, July 12, 2011

berkecai

melayan badai
memandu arus
sasar kau berkecai
menjadi halus

cinta ini membuta tuli
aku terabai
sepi dan lali

..

Tuesday, June 14, 2011

untitle 2

♥(●̮̮̃•̃)(●̮̮̮̮̃̃•̃̃)
♥ /█\ /█\
♥♥||__||_♥



 i drop my tear in the ocean


 the day you find it 


 is the day i`ll stop missing you


..

Sunday, April 24, 2011

akustatik

dalam setiap hembusan angin kutitip pesanan cinta..
yang meresap ke segenap liang-liang dan seluruhnya
memenuhi ruang kasih tak terbendung..

ketika langit malam membisu seribu bahasa..
bulan pula bagai menyimpan rahsia serta tak mahu bicara..
dan bintang seperti tak mahu bermesra..
aku meredah duri-duri cinta sampai ke hujungnya..
dengan luka-luka dengan langkah yang kian lara..
cukup bahagia sekadar menatap matamu yang bercahaya..

senyummu tak dipaksa tapi bersulam derita..
tawamu penawar duka tapi berhias sengsara..
wahai kekasih, kitakah yang bersalah..
menyemai benih cinta ini menjadi subur..?
siapakah di antara kita yang lebih berdosa..
kerana suatu hari nanti terpaksa membunuh cinta..?




telah terlepas seribu keluh..
bukan sesal yang berlabuh..
cuma... aku merenung cintaku yang terus tertanguh..




Wednesday, April 6, 2011

Biarlah Bukan



AKU lelaki..
seTINGGI mana mahu dijulang
Jikalau langkah berbaur SUMBANG
Mahu BERKILAU bak permata
Tetapi terpukau INDAHnya dunia
Ingin mekar SEHARUM bunga
Namun ingkar tiada REDHA-Nya


Kerana ENGKAU perempuan..
Berkata aku lelaki
"Kau,Aku..Tiada SEMPUNA.."
Wajarkan hati?
BERCAMBAHKAH kasih?
Disiram imam?
SUBURKAH sayang?
Di hati nan karam..


Aku lelaki..
BIARLAH BUKAN seperti..
yang kau Impikan
..